BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 17, 2011

BUDAYA BAHASA "SMS"

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa penggunaan bahasa yang baik dan betul merupakan antara syarat penting untuk kita berkomunikasi dengan jayanya sesama manusia. Untuk mencapai tujuan ini, bahasa bertindak melalui satu set hukum dan peraturan yang sudah pun tersedia di dalamnya yang dikenal sebagai tatabahasa. Tatabahasa antaranya melibatkan penyusunan perkataan yang tepat dan sesuai mengikut sistem linguistic sesuatu bahasa agar ungkapan yang dihasilkan dapat difahami dengan baik. Apabila penyusunan perkataan itu akur kepada hukum dan peraturan yang ditetapkan, ungkapan yang terbentuk itu dianggap sebagai bentuk-bentuk “bahasa yang baik”.  
Ragam bahasa dalam komunikasi elektronik nampaknya semakin menular parah dalam masyarakat kebanyakan. Penggunaan bahasa yang ringkas serta percampuran kod sudah menjadi kebiasaan. Antaranya penggunaan bahasa dalam sistem pesanan ringkas ( SMS ). Contoh ini saya ambil daripada mesej yang dihantar oleh rakan saya kepada saya tempoh hari. Mesej itu berbunyi,

‘...klah, jaga diri, jaga kesihatan n jgn lupa Tuhan. Bye, miss u so much...’

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

SITUASI KESEBELAS : BUDI BAHASA BUDAYA KITA / 2 MAC 2011

  “Kita hendaklah berbudi bahasa apabila bercakap dengan seseorang”. Demikianlah pesanan orang tua-tua kita pada zaman dahulu yang menggambarkan bahawa amalan berbudi bahasa menjadi agenda penting dalam kehidupan masyarakat pada masa itu. Bagi mereka, pemilihan kata dan tingkah laku yang bersopan ketika berbicara amat tinggi nilainya dan perlu dipertahankan. Individu yang berbudi bahasa lebih disenangi oleh orang ramai. Lazimnya, pandangan mereka lebih mudah mendapat perhatian dan sokongan anggota masyarakat.  Ertinya,  mereka memperoleh pengiktirafan secara tidak langsung daripada masyarakat. dalam konteks negara kita yang berbilang kaum, amalan berbudi bahasa tidak kurang pentingnya dalam usaha melahirkan masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain. Situasi ini dapat mengeratkan perpaduan kaum untuk menjana kehidupan yang lebih harmoni. Bagi memastikan hasrat tersebut menjadi realiti, langkah kerajaan mengadakan Kempen Berbudi Bahasa amatlah wajar dan perlu disokong.
Sudah menjadi kebudayaan mahasiswa UPSI yang ingin menuruni bas ke kelas akan mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pemandu bas UPSI. Budaya ini saya lihat begitu baik sekali. Yang tua dihormati. Yang muda dikasihi.

DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DI JUNJUNG

SITUASI KESEMBILAN : DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG/ 16 FEBRUARI 2011
Iklan yang dihasilkan oleh agensi periklanan antarabangsa kebanyakannya dibuat dalam bahasa Inggeris. Peranan penulis iklan yang menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang mantap terhasil apabila beliau berjaya menterjemahkan maksud  sebenar ilan berbahasa Inggeris. Tidak semua iklan luar negara perlu diterjemahkan secara langsung ( direct translation ) kerana maksud tersirat dan mesej yang ingin disampaikan adalah berbeza jika sesuatu frasa ayat itu diterjemahkan perkataan demi perkataan. Sesebuah iklan juga akan nampak kaku dan terlalu rigid serta tidak mesra pengguna jika diterjemahkan secara langsung daripada iklan luar negara yang memperkenalkan jenama antarabangsa.

“Panasonic ideas for life”

Menurut saya, sepatutnya apabila iklan-iklan yang memaparkan produk luar negara dalam negara ini disiarkan, slogan tersebut juga perlu ditukar mengikut bahasa rasmi negara ini. Tidak ada cacat celanya sekiranya bahasa Melayu ditukarkan untuk menggantikan slogan bahasa Inggeris tersebut. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

ANTARA "SESUGUT" DENGAN "SESUNGUT"

Pengguna bahasa sering menghadapi kekeliruan tentang penggunaan istilah yang betul dan tepat. Istilah bermaksud kata atau gabungan kata yang menerangkan suatu makna, konsep, proses, keadaan, atau sifat yang khas dalam bidang tertentu. Kata pulaadalah bentuk bebas yang terkecil yang mempunyai makna atau berfungsi, atau gabungan satu atau lebih daripada satu bentuk bebas tersebut sehingga menjadi satu kesatuan unit yang membawa makna tertentu. Dalam kelas seorang kawan berbangsa India menyatakan kepada kawan-kawannya yang turut terdiri daripada saya sendiri bahawa dia kurang sihat. Perkataan ‘ sesungut’ digunakan bagi mewakili kesakitan ketika datang bulan. Sepatutnya perkataan ‘segugut’. Di situ menunjukkan kosa kata yang salah dan silap konteks dalam berbahasa

BAHASA DALAM LAGU

SITUASI KELIMA : BAHASA DALAM LAGU / 2 FEBRUARI 2011
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama, dah ku kata takkan sampai tua bangka, kalau habis abjad aku rap dengan angka’

Barisan ayat tersebut merupakan barisan lirik dalam lagu Senyum oleh Malique dan Najwa. Penggunaan bahasa Inggeris “hits” digunakan dalam lirik lagu ini. Penggunaan bahasa rojak dalam lirik lagu Melayu bukan sekdar menghasilkan lagu rojak, tetapi turut merendahkan martabat bahasa kebangsaan dan akan menyebabkan bangsa Malaysia kehilangan identiti bangsa dan budaya. Lirik lagu merupakan stu daripada kaedah berbahasa dan harus digunakan sebagai ruang mengungkapkan fikiran dan budaya bangsa Malaysia. Penulis lirik dan pencipta lagu tidak sepatutnya menggunakan bahasa rojak dengan alasan bahawa bahasa rojak sudah menjadi aliran dalam penggunaan bahasa generasi kini. Kebebasan berkarya yang diberikan kepada penggiat seni bukanlah satu kebebasan mutlak. Penggiat seni jug sepatutnya memikirkan tanggungjawab sosial kerana krya yang dihasilkan oleh mereka turut memberikan kesan kepada masyarakat, terutamanya generasi muda. Pendedahan bahasa rojak yang terlalu banyak dalam lagu-lagu tempatan boleh mempengaruhi para remaja terutama pelajar sekolah dalam lisan mahupun tulisan.

IA KEJURUTERAAN BENDALIR

SITUASI KEEMPAT : IA KEJURUTERAAN BENDALIR / 31 JANUARI 2011
Bahasa dan iklan mempunyai unsur kaitan yang amat rapat. Daripada bahasa yang mengandungi undur propaganda dan pujuk rayu, peniaga atau pengiklan berjaya memikat hati pengguna untuk membeli barangan atau perkhidmatan mereka. Walaupun demikian, pengabaian pengiklan terhadap soal bahasa itu sendiri amat dikesali.

“Ia kejuruteraan bendalir”

Penggunaan perkataan ‘ia’ bagi menggantikan bukan manusia adalah merupakan kesalahan bahasa. Slogan ini saya peroleh dalam sebuah iklan minyak di televisyen yang sering disiarkan. Kesalahan demikian sedikit sebanyak mempengaruhi sebahagian besar pembaca termasuklah pelajar yang menerima bentuk-bentuk kata tersebut. Tidak dinafikan, kebiasaan membaca bentuk perkataan yang salah atau bentuk ayat yang tidak betul strukturnya boleh mngakibatkan kesalahan tersebut diulangi dalam peperiksaan oleh pelajar. Nampaknya, masalah penggunaan bahasa Melayu dalam iklan masih lagi tidak dapat diatasi di negara ini. Hal ini berpunca daripada sikap mempermudah bahasa itu sendiri yang begitu menonjol dalam kalangan masyarakat. Masyarakat msih lagi menyerahkan tugas mendaulatkan bahasa Melayu sepenuhnya kepada pihak tertentu, khususnya kerajaan.

PUNAH BAHASA ROSAKLAH BANGSA

SITUASI KETIGA : PUNAH BAHASA, ROSAKLAH BANGSA / 25 JANUARI 2011
Saya suka mengikuti rancangan stesen radio Inggeris tempatan kerana rancangannya sangat menarik di samping dapat memperkayakan kosa kata bahasa Inggeris.  Bahasa yang digunakan mudah difahami. Sungguhpun begitu, stesen video ini suka menggunakan bahasa rojak ketika menghubungi pelanggannya dalam rancangan ‘ GOTCHA’. Antara yang saya kesan penggunaan bahasa rojak yang mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam salah satu rancangan tersebut ialah,
“I want to tell u that u’r license tidak diluluskan’ i felt so sorry. I can’t to help u. U kena repeat sekali lagi”

Kemudian mangsa rancangan tersebut menjawab dengan marah,

“How could u tell me i jangan marah. I memang agry! U stupid or apa?”
Saya membuat kesimpulan bahasa sepatutnya stesen radio Inggeris di negara ini perlu menggunakan bahasa Inggeris secara sepenuhnya. Bukan mencampuradukkan bahasa sehingga merosakkan bahasa Melayu. Penyampai radio perlu peka dan menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan bahasa dengan betul kerana apa sahaja yang diperkatakan akan menjadi ikutan atau ‘trend’ kepada remaja pada masa kini.







PUNAH BAHASA ROSAKLAH BANGSA

SITUASI KETIGA : PUNAH BAHASA, ROSAKLAH BANGSA / 25 JANUARI 2011
Saya suka mengikuti rancangan stesen radio Inggeris tempatan kerana rancangannya sangat menarik di samping dapat memperkayakan kosa kata bahasa Inggeris.  Bahasa yang digunakan mudah difahami. Sungguhpun begitu, stesen video ini suka menggunakan bahasa rojak ketika menghubungi pelanggannya dalam rancangan ‘ GOTCHA’. Antara yang saya kesan penggunaan bahasa rojak yang mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam salah satu rancangan tersebut ialah,
“I want to tell u that u’r license tidak diluluskan’ i felt so sorry. I can’t to help u. U kena repeat sekali lagi”

Kemudian mangsa rancangan tersebut menjawab dengan marah,

“How could u tell me i jangan marah. I memang agry! U stupid or apa?”
Saya membuat kesimpulan bahasa sepatutnya stesen radio Inggeris di negara ini perlu menggunakan bahasa Inggeris secara sepenuhnya. Bukan mencampuradukkan bahasa sehingga merosakkan bahasa Melayu. Penyampai radio perlu peka dan menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan bahasa dengan betul kerana apa sahaja yang diperkatakan akan menjadi ikutan atau ‘trend’ kepada remaja pada masa kini.







"BAHASA MESRA" YANG TIDAK MESRA

SITUASI KEDUA : “BAHASA MESRA” YANG TIDAK MESRA / 17 JANUARI 2011

Masyarakat Melayu begitu menghargai dan menjunjung tinggi budi. Masyarakat Melayu juga menilai segala sesuatu itu berdasarkan budi. Buktinya, kecantikan seseorang bukan dinilai pada paras rupanya, tetapi dinilai pada budi bahasanya. Manusia akan dipandang hina jika tidak berbudi bahasa dan satu-satu bangsa itu pula akan runtuh jika budinya runtuh. Berbudi bahasa juga merujuk kepada asas penggunaan bahasa yang tepat dan sopan. Bahasa yang dilafazkan hendaklah mengandungi maksud yang baik dan nilai-nilai yang murni serta dilafazkan dengan nada yang elok dan jelas maksudnya. Penggunaan bahasa yang kasar dan dilafazkan dengan terpekik-pekik serta bercampur dengan bahasa lucah hendaklah dihindarkan kerana boleh mempengaruhi pendengarnya, khususnya kanak-kanak.
Namun, bahasa mesra yang tidak mesra semakin menjdi-jadi dan menjadi budaya “positif” dalam pergaulan terutamanya remaja.  Begitulah sikap segelintir pemuda pemudi zaman sekarang. Perempuan mahupun lelaki. Masing-masing menampakkan atau menunjukkan keakraban persahabatan dengan menggunakan bahasa yang kurang sopan. Contohnya perkataan “bangang”, “gila”, “cis”, dan sebagainya menjadi suatu kebiasaan. Sungguhpun nampak keakraban yang timbul, tetapi bahasa mencerminkan nilai seseorang penutur yang menuturkan sesuatu bahasa. Situasi sebegini turut berlaku kepada mahasiswa.  Yang kurik itu kendi. Yang merah itu saga. Yang baik itu budi. Yang indah itu bahasa

BAHASA ROJAK SEMAKIN MENULAR

 Wacana atau teks komunikasi elektronik dalam bahasa Melayu untuk mel elektronik, pesanan ringkas ataupun sembang siber, dalam kalangan pengguna internet persendirian, pada umumnya berada pada “tahap pengucapan yang paling rendah”. Hal ini bermakna kndungan teks itu diucapkan dalam ragam tulis dan disampaikan dalam bentuk yang amat daif daripada pelbagai aspek linguistik, khususnya dari segi ejaan dan tatabahasa.

    ‘Orang sekarang letak nilai mas kahwin tinggi2, depend kepada tahap pendidikan   akademik’
Berikut merupakan salah satu contoh kesalahan bahasa yang saya peroleh melalui laman sosial Facebook. Perkataan ‘ depend’ digunakan bagi menggantikan perkataan ‘ bergantung’ dalam bahasa Melayu serta  ‘tinggi2’ dieja dengan menggunakan angka (2) dua untuk menggantikan perkataan ‘tinggi-tinggi’.
Kesalahan berbahasa tersebut merupakan kesalahan yang terlalu biasa digunakan oleh golongan remaja mahupun pelbagai peringkat. Bentuk bahasa ( Melayu ) begini, sama ada dianggap sebagai kesalahan ataupun pembaharun, merupakan ciri dan sift bahasa (Melayu) yang digunakan oleh pengguna internet persendirian semasa berkomunikasi secara elektronik. Bentuk bahasa begini yang sarat dengan penyingkatan, baik daripada perkataan dan ungkapan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris, memperlihatkan “pemesongan” yang amat ketara daripda bentuk baku yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Begitu parahnya bahasa Melayu dalam kalangan generasi masa kini.